Friday, January 7, 2011

Prosedur Permohonan Perkahwinan Pengantin Perempuan di Perak

Post ini dijanjikan satu ketika dahulu. Tapi baru skang nak buat. Haha~ Sorilah ye.

PERHATIAN: Prosedur ini BENAR bagi bakal pengantin yang pengantin lelakinya orang Perak semata dan kedua-duanya perlulah masih bujang. Harap maaf diatas segala kesulitan.

1st Stop

Kursus Kahwin. Sila hadir dan lulus kursus kahwin, seterusnya dapatkan sijil. Simpan baik baik dalam satu fail. Hendak selamat, buat satu salinan fotokopi dan simpan di tempat lain (seperti pejabat ke).

In case sijil asal ter'hilang', sila quote nombor siri sijil anda di pejabat agama di daerah anda hadirkan diri untuk kursus kawin dan mereka akan keluarkan sijil baru. Tak perlu nak pegi kursus lagi sekali dan membazir lagi RM80.

2nd Stop

Buat ujian HIV. Dan kalau mahu, sekali harung buat ujian thalasemia. Saya tak buat sebab tak sempat.

Sila semak dulu di klinik kesihatan mana yang ada sediakan perkhidmatan ini dan semak hari yang boleh buat. Macam mana? Telefon klinik tersebut atau datang tanya di kaunter pendaftaran.

Bagi sahabat-sahabat di Ipoh, Klinik Kesihatan Greentown tu memang boleh buat. Tapi sila lah pergi ke Klinik Kesihatan Bijih Timah instead, sebab tak ramai orang. 70% kurang pesakit daripada Klinik Kesihatan Greentown.

Cakap dekat kaunter,

Saya nak buat ujian HIV untuk pengantin. 

Dia akan bagi satu borang, isi borang tu. Dan ujian akan dibuat seperti yang pernah dibincangkan dalam post ini.

Jangan lupa ambil kertas result yang diberikan dan simpan elok-elok bersama sijil nikah. Jika rajin, buat salinan.

Bayar RM 1 kepada staff di kaunter jika anda bukan penjawat awam.

3rd Stop

Beli borang kebenaran kahwin di pejabat agama. Pengantin perempuan boleh minta tolong pengantin lelaki belikan sebab borang standard digunakan di Perak. Potong yang mana tidak berkenaan bila mengisi borang tu nanti.

Jika bakal pengantin lelaki anda kemut, hulurla seringgit kat dia suruh dia belikan borang tersebut bagi pihak anda.

Contoh borang:


Selalunya bersama borang ni, pejabat agama akan kepilkan satu borang bewarna hijau untuk permohonan kad akuan nikah, surat akuan bermastautin dan borang wakalah wali. Tapi tertakluk juga pada pejabat tersebut dia nak bagi or taknak. Anda juga boleh minta kalau dia tak bagi. I suppose. Huhu.

4th Stop

Buat surat akuan bujang. Dalam surat tu, nyatakan nama penuh seperti dalam IC, nombor IC, jawatan dan tempat bekerja. Minta majikan anda tandatangan.

Alternatively, boleh minta ketua kampung atau pegawai masjid kariah sahkan anda masih bujang.

Simpan surat tersebut dengan selamat. Buat salinan jika perlu.

5th Stop

GESA pengantin lelaki supaya isi dan hantar borang-borang dia siap dengan dokumen sokongan untuk dapatkan kelulusan. Jangan lupa bagi dia 2 keping salinan IC anda supaya dia boleh berbuat demikian.

Tunggu sampai dia dapat kelulusan.

6th Stop

Minta borang pengantin lelaki yang sudah diluluskan. Simpan di tempat yang selamat. Isi borang kebenaran berkahwin anda seperti yang dikehendaki, sila bagi perhatian kepada ejaan dan alamat tempat tinggal. Pastikan semuanya tally dengan particulars yang telah diisi oleh pengantin lelaki.

Jangan lupa minta 2 salinan IC daripada pengantin lelaki. Selain itu, anda juga kena buat:-

  • 2 salinan IC untuk diri sendiri
  • 2 salinan IC untuk wali
  • 2 salinan IC untuk setiap saksi. Maka sepatutnya ada 4 salinan in total.
  • 1 salinan sijil Kursus Perkahwinan

Sertakan juga:-

  • Surat akuan bujang
  • Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV yang anda sudahpun buat

Isi:-

  • Surat akuan bermastautin dengan tepat. Tulis alamat dengan betul untuk elakkan delay dalam memproses permohonan anda.
  • Borang wakalah wali walaupun wali anda adalah bapa anda sendiri, bukan wali hakim. Pendek kata, kalau anda pengantin perempuan, anda memang perlu isi borang ini.

Sebelum anda hantar borang permohonan dan dokumen sokongan, SEMAK dahulu supaya semua details yang dimasukkan betul.

Pastikan anda sain di tempat yang betul dan di semua tempat yang memerlukan sain anda.

7th Stop

Hantar segala borang dan dokumen sokongan kepada pejabat agama. Proses ini, disebabkan saya mohon pertolongan ayah, jadi tak dapat nak ulas panjang-panjang. Tup-tup dah siap dan lengkap. TQ ayah!

Jadi saya tidaklah tahu menahu kena dengar penjelasan ke, jumpa tok kadi ke... Tapi seingat saya, ayah ada bayar sejumlah yuran kepada pejabat agama.

So, moral of the story, sila bawa duit semasa penyerahan borang permohonan anda.

8th Stop

Gears up for the big day!!!!


Selamat mencuba.



Cik Atun: Tepat, ringkas dan padat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...